PENGENALAN

Ini merupakan tugasan pendidikan Sivik & Kewarganegaraan (PStingkatan 5 tahun 2009.Tajuk tugasan K) ini adalah membina laman web untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat pelancongan di bawah tema cabaran masa depan. Tempoh masa yang di berikan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini ialah selama tiga minggu.Dalam tugasan ini, kami menyajikan banyak tempat yang menarik untuk di lawati sempena cuti sekolah.Contohnya.....pulau- pulau,kawasan hutan simpan,zoo negara,tempat - tempat bersejarah dan banyak lagi...selain itu, kami juga menyediakan info mengenai kemudahan-kemudahan yang terdapat di tempat- tempat tersebut seperti....jenis-jenis hotel @ resort yang terdapat di Malaysia dan kemudahan pengakutan bagi memudahkan perjalanan para pelancong yang datang melawat Malaysia.

JADI JANGAN KETINGGALAN UNTUK MELAWAT MALAYSIA......!!!!!!

Friday, July 10, 2009

KELANTAN

ISTANA BATU



Istana Batu direka bentuk & dibina pada tahun 1939 sempena dengan pemerintahan Sultan Ismail 1...ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perkahwinan di raja & sebagai tempat penginapan tetamu kehormat..
Namun kini,ia telah diubah & dijadikan sebagai Muzium Diraja,dimana segala pakaian diraja & barangan istana kepunyaan sultan yang sebelumnya dipamerkan disisni....terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan..

Waktu lawata: 8.30 pg - 4.45 ptg setiap hari (kecuali hari Jumaat)
Bayaran : RM 2


GUNUNG STONG & GUNUNG AYAM

Terletak di Hutan Simpan Dabong Kelantan yang menyediakan hutan yang menarik & mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam.Dipercayai,terdapat peninggalan harta karun yang di sembunyikan oleh tentera Jepun yang masih tidak di jumpai sehingga kini.
Gunung Stong menempatkan salah satu air terjun yang merupakan ke-5 dalam 10 tempat yang menarik & tertinggi untuk ekotourism Malaysia.
Antara panorama yang menarik di sekitar Gunung Stong :-





Gunung Ayam terletak bersebelahan dengan Gunung Stong di Hutan Simpan Dabong.Untuk sampai kepuncak Gunung Ayam memerlukan masa sekurang-kurangnya 9 jam..Setelah penat mendaki,anda akan sampai ke air terjun Stong untuk menikmati kesejukan air yang dapat menyegarkan kepenatan...


ZOO MINI & MUZIUM KUALA KRAI




Mini Zoo Kuala Krai di asaskan pada tahun 1961 oleh allahyarham Dato' Nik Abdullah B Mahmud(Ketua Jajahan Kuala Krai pada masa itu).Terletak lebih kurang 64 km dari Kota Bharu yang menempatkan berbagai jenis haiwan seperti beruang,rusa,kera, & burung-burung...
Manakala Muzium Kuala Krai pula mempamerkan berbagai barangan seperti koleksi haiwan terawet,sumber-sumber,dokumen-dokumen lama mengenai sejarah pembangunan pekan Kuala Krai....

Masa lawatan : 9.00 pg - 6.00 ptg setiap hari ( kecuali hari Jumaat)


PANTAI CAHAYA BULAN(PCB)






Pantai yang terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan(PCB) yang dahulu di kenali sebagai Pantai Cinta Berahi....pasirnya halus memutih,pepohon rhu dan nyiur meliang-liuk bagaikan menari-nari menyambut kedatangan tetamu..
Hamparan rumput bak permaidani menghijau membentuk landskap semulajadi pantai yang indah.Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama-sama keluarga.Terdapat deretan chalet di sepanjang pantai ini untuk keselesaan para pengunjung...



PANTAI BISIKAN BAYU







Di daerah Pasir Puteh,kira-kira 50km dari Kota Bharu.Sebuah pantai yang terletak di utara & selatan Kg.Semerak.Hembusan bayu lembut dan gesekan dedaun rhu menghasilkan bunyi seolah -olah bisikan halus...

Seindah namanya Pantai Bisikan Bayu turut menjadi tumpuan para penggemar suka meluncur air,selain tempat perkelahan yang menarik...


1 comment:

  1. hi friend, the blog content is very usefull. i had read about getnthing in a local travel magazine. any way would you like to make this into a website. Please contact me at ihjasa@gmail.com if you would like to. Any way thanks

    ReplyDelete